Posts

PENGENALAN

Image
PENGENALAN   Pengurusan tingkah laku adalah satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Menurut Kamus Dewan, disiplin merujuk kepada latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh kepada tatatertib.  

TINGKAH LAKU BERMASALAH

Image
TINGKAH LAKU BERMASALAH POSITIF   Tingkah laku bermasalah positif merujuk kepada tingkah laku ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif. Tingkah laku ingin tahu – sikap ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang dilihat. Tingkah laku cepat belajar – cepat menangkap atau ‘ catch up ‘ sesuatu perkara yang baru dipelajari, dapat mempelajari sesuatu yang baru dengan cepat. Tingkah laku pintar cerdas – sentiasa cepat dan pantas apabila menggunakan otak dan berfikir. Tingkah laku proaktif – sentiasa menunjukkan kesungguhan atau sikap maju ke depan berbanding kawan-kawan yang lain. TINGKAH LAKU BERMASALAH NEGATIF  Tingkah laku bermasalah negatif merujuk kepada tingkah laku yang tidak normal dan terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat. 

FAKTOR YANG MENYEBABKAN MASALAH TINGKAH LAKU PELAJAR

Image
FAKTOR YANG MENYEBABKAN MASALAH TINGKAH LAKU PELAJAR ● Ahli keluarga yang tidak memainkan perasaan dengan baik. ● Menganggap diri terlalu rendah dan sentiasa dipinggirkan. ● Tiada tapisan umur adegan-adegan di media massa.  ● Pengaruh rakan sebaya. ● Masalah kesihatan diri pelajar.

KESAN MASALAH TINGKAH LAKU PELAJAR TERHADAP PEMBELAJARAN

Image
KESAN MASALAH TINGKAH LAKU PELAJAR TERHADAP PEMBELAJARAN   ● Menyebabkan banyak masa pengajaran dan pembelajaran dibazirkan untuk aktiviti yang tidak               berfaedah.  ● Menjejaskan kelancaran proses pengajaran dan pembalajaran dalam bilik darjah.  ● Menjejaskan sistem pengurusan sekolah.   ● Keruntuhan akhlak pelajar. 

CONTOH MASALAH DISIPLIN DAN STRATEGI MENANGANINYA

Image
CONTOH MASALAH DISIPLIN DAN STRATEGI MENANGANINYA                                                           Gambar 1: masalah buli                                                   Gambar 2: pelajar merosakkan harta benda awam                                                     Gambar 3: pelajar terlibat penyalahgunaan dadah                                                          ...

KEPENTINGAN PENGURUSAN TINGKAH LAKU PELAJAR

Image
KEPENTINGAN PENGURUSAN TINGKAH LAKU PELAJAR   SOSIALISASI Sosialisasi merupakan interaksi dalam kelompok komuniti dan masyarakat melalui pergaulan, percakapan serta komunikasi antara individu dengan individu yang lain. Membentuk individu yang mempunyai kemahiran sosial yang baik. Sosialisasi di sekolah boleh dilakukan dalam tiga cara iaitu interaksi murid bersama murid, interaksi murid bersama guru dan interaksi antara kakitangan sekolah. MELATIH TENTANG PENGURUSAN DIRI Pengurusan diri penting dalam membimbing murid agar murid-murid mampu untuk berdikari dan boleh menjalankan aktiviti seharian mengikut kemampuan diri sendiri. Selain itu, dapat menerapkan amalan menjaga kebersihan dan kesihatan yang baik untuk diri sendiri serta persekitaran. PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAPAT MENERAPKAN NILAI POSITIF DI DALAM KALANGAN MURID Melalui teori skinner, pendekatan yang boleh digunakan untuk mengubah sikap para pelajar adalah dengan memberi mereka ganjaran dan peneguhan. Ganjaran da...

RUMUSAN

RUMUSAN Pengurusan tingkah laku disiplin pelajar memainkan peranan penting di dalam sesebuah sekolah. Tanggungjawab tersebut bukan sahaja seharusnya dipikul oleh pengetua atau guru besar malah semua guru haruslah memainkan peranan mereka untuk memastikan tingkah laku pelajar terjaga. Selain itu, pengurusan akan masalah disiplin haruslah turut diberi perhatian dan dilaksanakan dengan telus dan jujur oleh pengurusan sekolah seiring dengan apa yang terkandung dalam pekeliling ikhtisas dan peraturan.